DIRECT LINE
017-2244300

Location
Nearby Maybank Larkin

Location Nearby Maybank Larkin


Berikut adalah nukilan luahan hati dan perasaan seorang individu di luar Johor selepas DYAM TMJ mengambil kata putus meletak jawatan Presiden FAM.

Nukilan : Jali Pok Yah
======================================================================

Dalam meriah sambutan kepulangan TMJ, ada insan yang bersedih jua. Contoh macam aku. Hahaha. (Sedih ke?). Well, aku ada beberapa sebab mengapa, hanya TMJ, bagi akulah, yang layak berada di kerusi itu. 



Dah penat aku melaungkan #fambangsat semasa era sebelum TMJ. Revolusi yang dibawa masuk oleh TMJ aku raikan dengan sesungguh-sungguhnya. Aku tahu, ianya bukan sekejap. Bahkan mengambil masa untuk mengubah sesuatu perkara.

Lama kelamaan, aku sedar. Masih ramai yang tak faham, apa sebenarnya yang TMJ utamakan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai presiden FAM? Rangking HM? Atau menang anugerah Persatuan Sukan? 

Ini berdasarkan apa yang aku lihat. TMJ dalam setahun, cuba merubah arus dengan secepat yang dia mahukan. Tetapi semua itu ada yang berjaya, ada yang belum berjaya. 

Kita pergi kepada yang belum berjaya. Lantikan coach utama skuad HM. Pertamanya, lantikan coach asing. Gagal. Bukan sebab coach. TMJ sedar. Pemain kita sudah tak boleh pergi lebih jauh. Anak muda lagi penting. 

Seperti yang dikhabarkan oleh Datuk Midin, peranan TMJ sangat hebat di akar umbi. Perancangan lebih teliti, bajet yang lebih besar. Jadi semuanya tidak timbul banyak masalah.

Kalau anda perasan, untuk skuad bawah 16, bawah 18 dan 23, tidak langsung kedengaran isu kewangan, duit tak cukup, penaja tidak ada dan sebagainya. Semuanya berjalan dengan lancar. Yang kita tahu, skuad u-23 layak ke piala Asia kofedarasi AFC, begitu juga skuad Futsal dan diikuti oleh skuad Bojan Hodak. Semuanya perfect. 

Coach Ong Kim Swee pula sudah pun ke Sepanyol untuk berguru dengan Atletico Madrid. Ya, Mora juga dihantar ke sana dulu Dek keakraban TMJ, semuanya tampak sangat mudah. Anda juga maklumkan, skuad Bojan Hodak dijemput ke pertandingan di Jepun? Itu juga sebahagian kisah yang langsung kita tidak fokuskan. Yang kita tahu, TMJ adalah Johor, dan Johor 'bongkak' dengan stail serta gaya kemewahan mereka. 

TMJ mempereratkan lagi hubungan FMLLP dan FAM sekaligus memeterai janji untuk pengasingan tanggungjawab. Lebih fokus dan efisien. TMJ juga membantu PFAM dalam menangani kes tunggakan gaji dan mendapatkan pembelaan kepada mereka yang terkontang kanting dibuang majikan lama. Alangkah bagusnya kalau ini dihebah teruk juga. 

TMJ membetulkan persepsi kemodenan di dalam bola sepak. Di mana, pengurusan mesti bertaraf A sebelum memasuki gelanggang rasmi. Lesen diperketatkan. Aku masih ingat lagi, di mana aku berjumpa dengan Datuk Afendi, timbalan Kafa dan timbalan Presiden FAM pada waktu itu, perihal penswastaan liga. Dia kata, pada tahun 2015, tahun semuanya diswastakan. Taik dia! Tahun 2017, masih banyak kelab yang tunggang terbalik pengurusan kewangan sekaligus ada yang ditarik lesen, ditangguhkan dan dibuat potongan mata. Apa kes? 

Dalam palitan kontroversi baik dari FMLLP mahupun FAM, aku cuma nak berpesan satu ja. Biarlah sakit mana pun hati kita membencikan seseorang itu, belum tentu nilai kebaikan yang kita ada menyamai sumbangan beliau di dalam dunia bola sepak Malaysia. Sejauh mana lantangnya kita memaki dan membangsatkan beliau, belum mampu kita membayar gaji pemain bola sepak yang ditangguhkan gajinya melepasi tempoh 1 tahun. Dalam kemaruknya kita menghentam JDT, belum pernah kita membangunkan seorang pemain yang tidak ada harapan bermain kini bermain bola sepak semula (baca: Rozaimi Sabah). 

Ingatlah. TMJ memang ada buat salah. Itu tanda dia Manusia. Bukan malaikat. Sentiasa khilaf dan silap. Tetapi usah abaikan segala jenis sumbangan beliau walaupun perihal yang kecil-kecilan. Terima kasih TMJ kerana sudi mengambil masa setahun untuk 'mencuci' dakian yang ditinggalkan mereka yang 'tidur'.

Isu rangking, adalah isu proses skuad HM. Pokoknya, akar umbi dan pembangunan liga harus dikembangkan dengan sebaiknya. Ada baiknya TMJ di FMLLP atau MFL sekarang ini. Biarlah pukat tajaan diikat kemas dulu, pengurusan distabilkan sekaligus menghasilkan kelompok pemain yang berlari itu ramai. Jadikan MFL sebuah persatuan yang berprogresis dan bersistem adil. Usah dipalitkan dengan kontroversi 'menganak emaskan' JDT lagi. Persepsi orang. Aku ada sebab mengapa TMJ takkan buat seperti itu, melainkan persepsi semata-mata. Nanti aku kongsikan. 

Hadamlah dulu. Dari 1% kisah seorang Presiden FAM. Mungkin banyak lagi kejayaan yang tak didendangkan oleh beliau. 

"Buat apa nak ceritakan? Sebab orang hanya nak tahu, esok kita akan berada di rangking no. 1 dunia." Sedikit olahan apa yang dirasakan oleh Tunku Mahkota Johor. 

Ampun tuanku.

==================================================================
Dengan Izin Jali Pok Yah

Or
Forgot Password?
We will send you the password in few minutes.