DIRECT LINE
017-2244300

Location
Nearby Maybank Larkin

Location Nearby Maybank Larkin


Seperti dijangka oleh semua pemina-peminat bola sepak Malaysia,  hari ini telah dikejutkan oleh satu pengumuman dari mulut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kini sah melepaskan jawatan yang sedang disandang beliau sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

TMJ yang juga merupakan pemilik Kelab Bolasepak paling berjaya tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), dengan jelas menunjukkan surat peletakan jawatan beliau melalui sidang media Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) yang telah diadakan di Phoenix Hotel, Johor Bahru.

Pengesahan juga telah dinyatakan oleh salah seorang exco FAM, Christopher Raj melalui laman twitter miliknya.

Christopher Raj@chrisraj23

Presiden FAM Mejar Jeneral Tunku Ismail sah letak jawatan! Baginda akan kekal sebagai Pengerusi

2:31 PM - Mar 25, 2018

Surat peletakan jawatan baginda itu diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ kepada sidang media.

Berita baik kepada peminat juga, dimana Tunku Ismail masih kekal dilantik sebagai pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang kini dikenali sebagai Malaysian Football League (MFL) dan beliau hanya akan fokus kepada pengurusan Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP/MFL, Kevin Ramalingam turut mengesahkan Tunku Ismail secara rasminya kekal dilantik menjadi Pengerusi FMLLP.

“Menerusi kongres ini, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan melalui proses penjenamaan semula dan dikenali dengan nama Malaysia Football League (MFL).

“MFL dan FAM kini merupakan dua institusi yang tidak berkait, di mana Tunku Ismail sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi MFL,” ujarnya.

Dalam kongres tersebut, Tunku Ismail turut bersetuju FMLLP dilakukan penjenamaan semula dan ditukar nama kepada Malaysia Football League (MFL).

“Ianya MFL. Sebagai pengerusi MFL, saya akan memberi tumpuan kepada menaiktarafkan kualiti Liga Malaysia,” jelas Tunku Ismail.

Baginda turut membidas dan kecewa dengan peminat hitam, peminat bola sepak tanah air yang hanya menilai beliau berdasarkan prestasi skuad kebangsaan.

“Saya selalu dinilai oleh peminat dengan prestasi pasukan kebangsaan, walaupun banyak yang telah pun saya lakukan.

“So yang pandai cakap, tulis banyak beri pendapat, kritik macam macam boleh bertanding nak jadi Presiden Baru, I wish the new FAM President all the Best,” katanya.

 

Kami dari team Kereta Sewa Johor Bahru mendoakan semoga perjalanan bola sepak negara dapat diterajui oleh calon yang dapat mendukung dan menerajui apa yang telah baginda buat selama ini.

Perlukan kereta sewa Johor Bahru untuk menonton perlawanan bola sepak di Larkin 0172244300.

Or
Forgot Password?
We will send you the password in few minutes.