DIRECT LINE
017-2244300

Location
Nearby Maybank Larkin

Location Nearby Maybank Larkin


Johor Bahru: Dua sasaran piala bagi pasukan Kedah sudah terlepas dari genggaman. Adakah kedah bakal mengakhiri musim 2018 dengan tanpa sebarang piala jika prestasi yang terumbang ambing ini gagal di atasi segera?

Setelah melepaskan Piala Sumbangsih kepada pasukan Johor Darul Takzim pada perlawana awal 2018, pasukan yang menerima jolokan Lang merah ini gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila tewas 0-1 kepada pasukan pantai timur Pahang merusi perlawanan pusingan ke-3, Sabtu lalu di Stadium Darul Makmur.

Menurut bekas pemain pasukan Lang Merah, Khamal Idris Ali, situasi pasukan sekarang amat genting dan membimbangkan. Tindakan pantas daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) perlu diambil demi meyakinkan penyokong bahawa pasukan itu mampu menjulang antara satu daripada baki dua kejuaraan iaitu Liga Super atau Piala Malaysia.

"Jika kita melihat kepada permainan pasukan Kedah sekarang, dirasakan amat sukar untuk pasukan Kedah pergi lebih jauh. Kalau prestasi sebegini tidak dipertingkatkan, tidak hairan pasukan Kedah akan kepingin sebarang piala musim ini."

"Apapun masih belum terlewat. Pasukan masih mempunyai 2 peluang untuk merebut sama ada Piala Malaysia atau Liga Super."

"KFA perlulah melakukan siasatan dengan lebih cepat, agar keadaan pasukan dapat diatasi segera", katanya.

Selain terlepas dua piala, prestasi permainan ala Yo Yo Lang Merah dalam saingan Liga Super juga menyebabkan penyokong 'naik hantu' apabila kini sekadar menghuni tangga ketujuh dengan hanya mengumpul enam mata hasil hanya dua kemenangan daripada lima perlawanan yang dilalui.

Kebanyakan penyokong Lang Merah kini menghalakan 'kesalahan' ke arah jurulatih, Ramon Marcote sebagai punca kelemahan pasukan, Khamal berpendapat sebenarnya melihat keseluruhan pasukan perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

"Adalah tidak adil, menuding jari serta meletakkan kesalahan 100 peratus ke atas Marcote apabila prestasi merudum. Apa yang berlaku ke atas pasukan Kedah bukan salah beliau seorang sebaliknya baik pengurusan mahupun pemain perlu turut bertanggungjawab. Kita juga perlu lihat peningkatan yang ketara di kalangan pasukan Liga Super yang lain sebagai faktor juga sabagaimana pasukan Pahang, PKNS, Johor Darul Takzim dan lain-lain.

"Begitu juga tidak patut kita mengecam Pablo Pallares seorang saja kerana gagal menjaringkan gol sedangkan bahagian pertahanan yang di ketuai oleh Keon juga amat longgar dan mudah dibolosi pasukan lawan.

"Dalam keadaaan sekarang, bukanlah masa untuk kita menunjuk mencari salah siapa tapi kita perlu menilai dari segala aspek kelemahan yang wujud dari segala aspek sama ada pengurusan, kejurulatihan serta permainan," ujar Khamal yang juga Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kedah (KEFA).

 

Or
Forgot Password?
We will send you the password in few minutes.